Terima kasih atas kerjasama anda yang telah mengikuti shootingstory yang masih baru ini. shootingstory amat memerlukan sokongan daripada semua pengguna blogger yang ada agar shootingstory lebih dikenali kelak.

Friday, July 8, 2011


Bersama kita melangkah kearah pemurnian demokrasi dan pilihanraya yang bersih

Pemurnian demokrasi perlu, kerana dapat menjamin Negara kita sentiasa dapat pemimpin yang terbaik dalam setiap pilihanraya yang diadakan dan menjamin urus tadbir Negara yang telus, baik dan cekap.




Sistem demokrasi yang murni memberi ruang yang luas kepada amalan semak dan imbang (check and balance). Segala tindak tanduk pemerintah atau pemimpin akan dipersoal yang akan menjadikan mereka sentiasa bertanggungjawab di atas pentadbirannya.


Kesilapan pemimpin akan dapat dihukum dan diturunkan oleh rakyat melalui pilihanraya. Tetapi keadaan seperti ini hanya boleh berlaku dalam sebuah pilihanraya yang bersih.


Sebaliknya dalam sebuah Negara yang mengambil demokrasi hanya sebagai topeng, bagaimana besar kesilapan pemimpin, pilihanraya tidak akan mampu menjatuhkannya dari tampuk kuasa.


Untuk melakukan perubahan, perhimpunan bukanlah suatu pilihan yang baik, walaupun hak kebebasan berhimpun adalah dibenarkan oleh sistem demokrasi itu sendiri. Demontrasi dan perhimpunan adalah pilihan terakhir setelah pintu rundingan menemui jalan buntu.


Tidak dinafikan demontrasi jalanan dan perhimpunan adalah cara yang amat berkesan dalam menuntut perubahan.


Pemerintah yang berkuasa tentulah mempunyai rasa ego dan tidak akan mengalah dengan pihak-pihak yang membuat tuntutan dengan mengadakan demontrasi jalanan.


Lihatlah kepada demontrasi jalanan yang diadakan oleh pihak Hindraf satu masa dulu. Mereka adalah kelompok kecil dari kaum India yang menuntut bagi kepentingan kaum India yang merupakan kaum minoriti di Negara ini. Walaupun secara rasminya pemerintah tidak melayan permintaan mereka tetapi sebenarnya demontrasi itu telah memberi impak yang besar.


Hinggakan sebuah buku novel yang digunakan oleh pelajar SPM di Negara ini terpaksa dipinda walaupun telah diguna sekian lama tanpa ada masalah, gara-gara dikritik oleh beberapa individu dari kaum India, yang menuduh terdapat ayat-ayat dalam novel itu dikatakan telah menghina kaum India.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 (Sabtu) ini, untuk menuntut supaya pilihanraya di Negara ini dilaksanakan secara bersih dan adil yang merupakan rukun utama demokrasi yang murni.

Perhimpunan 9 Julai ini bukan isu bagi satu-satu kaum, sebaliknya isu bersama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, dijangka akan menarik ramai orang untuk menyertainya.

Perhimpunan 9 Julai ini akan menunjukkan kesatuan rakyat Malaysia. Ini adalah Negara mereka, mereka mahu mengubah keadaan Negara ini kepada keadaan yang lebih baik.

Mungkin dalam keadaan yang kelam kabut bila diburu oleh pihak polis semasa mahu menyuraikan perhimpunan 9 Julai ini, pasti ada yang terjatuh dan cedera. Kita hendak lihat di masa itu, bagaimana orang Cina akan membantu orang Melayu yang cedera dan begitu jugalah sebaliknya. Di situlah kita akan melihat kesatuan dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia dalam menuntut hak mereka bersama.


Mungkin ada pihak yang mempunyai kepentingan mahu melihat perhimpunan 9 Julai ini menjadi rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969, di mana Melayu dan Cina saling berbunuhan. Lupakanlah angan-angan mereka itu, sebaliknya di perhimpunan 9 Julai ini, kita yakin orang Cina dan Melayu akan saling lindung melindungi antara satu sama lain bagi mempertahankan diri dari serangan musuh mereka yang sama.

9 Julai 2011, tarikh rakyat Malaysia mencipta sejarah bagi memulakan langkah kearah pemurnian demokrasi dan pilihanraya yang bersih


akhirnya niat nak tengok transformers 3D tercapai.
setelah seminggu ditayankan baru berpeluang tengok cerita ni.
patut la orang ramai sangat, cerita memang puas hati.

segala perasaan ada bila tengok cerita ni semalam,
pada siapa yang belum tengok, pergi la ke pawagam yang berdekatan.
hahaha cerita yang memang penuh aksi.


p/s : nak lagi puas hati. tengok show yang 3D

aktif semula

hye blog.
wow..dah lama tak conteng-conteng blog ni.
sebenarnya sejak masuk kolej,banyak masa aku habis mengadap assignment.
sampai lupa password blog ni.
ingat-ingat balik, dapat pun bukak blog ni.

rindu tak terkata nak merapek dalam blog ni.
so sekarang ni nak bagitahu orang yang saya boleh la blog-ing lagi lepas ni.
tambah-tambah pulak saya dah ada lappy sendiri..
my asus with window 7 ultimate


Monday, February 28, 2011


ini blog aku..suka hati aku la nak buat apa..
bukan blog bapak kau.apasal kau nak bising-bising..
aku punya hal la nak buat blog ni macam mana pun..kalau kau tak follow pun,aku tak rugi apa-apa.

p/s: buat la blog sendiri kalau tak suka blog orang.fuck up!!
asshole.
#25%#%^*$@?<:>

Sunday, February 27, 2011




Setahu aku ramai orang malayisa minum kopi.
begitu juga dengan aku,kopi mungkin dah sebati dalam diri ni.
apa shj kerja yang aku buat tengah-tengah malam mesti kopi jadi kawan aku.
orang kata kopi ni buat hilang ngantok.ya ke?
mugkin jugak kot.

Setengah rang cakap kopi minuman orang dulu..
tapi aku tengok semakin maju,semakin banyak cafe yang jual kopi.
kalau di malaysia ni macam-macam ada.
antaranya kopi dari STARBUCKS COFFEE.
memang unik rasa minuman yang berasas kan kopi yang dihasilkan dari STARBUCKS.

Aku memang suka sangat minum beverages diorang..
dulu masa aku kerja restoran nando's
tiap-tiap masa minum STARBUCKS.
memang sedap.
tapi bila aku dah berhenti kerja,tak dapat la minum STARBUCKS pagi-pagi
tapi apa pun,kalau keluar hang out dengan kawan-kawan,mesti lepak STARBUCKS.



p/s: thumbler STARBUCKS & member kad STARBUCKS versi singpura.

Wednesday, February 23, 2011

your key to succes

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti program diploma seni culinari di
Kuala Lumpur Metropolitan Universiti Kolej(KLMU)                                                            





HURRAAYYYYYYY!!!!
DIPLOMA SENI KULINARI

Pada mulanya aku dapat tawaran ni memang happy tahap cipan.
mana tak nya,apa yang aku impikan dari dulu kian tercapai.walaupun dah lambat setahun
aku tetap terima tawaran tu.
tapi dalam kembiraan ni,ada pulak orang yang tak suka.maklumlah..
aku tak nak la higlight siapa orang tu.

ramai yang bagi nasihat/komen,ada yang memberangsangkan dan ada yang buat aku patah semangat.
antara komen diberi,diorang tak setuju sebab kos pengajian di KLMU ni agak mahal.
tapi dengan ada nya duit simpanan aku..
aku tetap akan meneruskan peluang yang aku dah dapat ni.

insyaallah aku akan buktikan pada orang yang aku pun boleh berjaya.

p/s: nak sambung belajar pun sampai macam nak berperang..

Monday, February 21, 2011

SMKPW
sekolah menengah kebangsaan taman puteri wangsa

Sedar tak sedar hampir dua tahun kita tinggal kan sekolah..
apa yang tingal hanya kenangan yang kita sendiri tak dapat lupakan.
5PA1 & 5PA2 nama kelas yang cukup terkenal dikalangan guru-guru kerana muridnya yang hyper aktif.
boleh dikatakan keseluruhan murid dalam kelas ni menuntut  dari tingkatan 1.
so tak hairan la..semua guru-guru dah kenal dengan diorang.

kami memag terkenal dengan sifat degil nya...
hahaha maklumlah remaja di zaman persekolahan.
macam-macam kami buat untuk menceria kan zaman waktu persekolahan kami.
suka duka,gelak tawa,pahit manis kami bersama,memang susah nak lupakan tu semua.
bila masa sekolah dulu,bukan main malas lagi..bila dah berpisah.semua terkenang.
tapi apa pun kami berjaya menjadi insan yang berguna.

dengan ada nya teknologi sekarang,kami sentisa berhubung..lagi pun duduk setaman jugak..
bila masing-masing dah ada haluan sendiri susah lah nak berjumpa..
yang smbung study nya,yang kerja nya,yang dah berpindah nya..
apapun kita berdoa agar semua berjaya dalam mengejar apa yang dicita-cita kan.



p/s: kenangan selepas tamat sijil pelajaran malaysia
harap maaf kepada sesiapa yang tiada di dalam gambar.