Terima kasih atas kerjasama anda yang telah mengikuti shootingstory yang masih baru ini. shootingstory amat memerlukan sokongan daripada semua pengguna blogger yang ada agar shootingstory lebih dikenali kelak.

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum
hye uols..hye peeps..
akhir nya final exam dah habis..
walau hati berdebar tunggu result nya nanti, buat masa sekarang dah boleh cooldown dulu.


so now time for relax.
nota kaki ; relax kat shooping compleks, nak cari baju raya.

Sunday, August 21, 2011

kerana tidur, berbuka jadi makan malam

assalamualaikum.
lambat pulak update blog ni, tapi apa pun still nak cerita pasal semalam.
plan nak berbuka puasa bertukar kepada makan malam.
mana tak nya, lagi 30minit nak berbuka boleh pulak mengantuk.

sedar-sedar dah 8.30pm.. so bangun terus ajak yang lain keluar untuk makan malam.
p/s : jangan tidur dekat dengan waktu berbuka.
padan muka kau helmy

decide nak makan dekat area gomabak setia.
not bad la masakan kat restoran ni.

 *makan nasi ayam

 *bersama si ummi aida <3

*turut serta, iaitu hasiff dan adib
p/s : mereka kawan baik aku.

*maaf kualiti gambar kurang memuaskan. kamera handphone

Wednesday, August 17, 2011

assalamualaikum
hye there..uiihhh tu dia berat mata sampai tertido. bangun je dari tidur terus ushar facebook.
terbaca la satu status yang di update oleh kawan aku sorang ni.
dari situ tercetus la idea nak buat satu entry.

korang nak tahu dia cakap apa?
haaa..ni dia cakap..hehehe..


*SAYA SOKONG 100%*


jadi apa yang terlintas di fikiran aku sekarang ni adalah, cara orang sekarang nak memikat hati orang yang mereka suka. maklumlah, dunia sekarang makin maju, banyak gaya fashion yang menarik tak kira untuk 
lelaki atau perempuan.

demi untuk mendapat kan orang yang mereka suka. mula la nak jadi plastik. sanggup berhabis duit beli pakaian mahal-mahal.
aksesori sampai ke lengan.
makeup tebal 1inchi.
perlu ke semua itu?

tak perlu la nak dressup over the top ni. walaupun fashion ni dah maju macam mana sekali pun, jangan la korang lupa, masih lagi ada orang yang suka akan sifat semula jadi seseorang yang mereka suka.

 perlu ke sampai macam ni :








apa korang dapat bila tunjuk lurah macam ni? nak hot sangat, bukakla baju..
hahahaha..

apepun terpulang kat korangla ya?
*wasalam.*

Tuesday, August 16, 2011

3 kupang nama yang unik, seunik hasil kerjanya.

assalamualaikum.
lama dah tak buat entry kat blog ni, sibuk memanjang. biasa la lepas bangun pagi terus buka lappy, ushar-ushar youtube, facebook, blogger & macam-macam aku ushar.
tengah dok tengok satu video ni ternampak pulak link 

 apa tu? bunyi macam pelik, tapi unik. jom kita ushar?

jadi lepas ushar tengok. rupa-rupanya ni page anak-anak seni dari alor star kedah.
kira profesional services la ni.

menurut info yang diberi 3kupang di asas kan oleh 3 anak muda yang hensem.
photography, videography, designing semua tentang mereka.
*chereography bukan tau*

so mereka menawarkan pelbagai perkidmatan & tawaran dalam bidang photography, videography, designing.
so pada sesiapa yang nak bina masjid, nak naik pelamin, bakal raja sehari.
3kupang media
ada menyediakan khidmat weeding photography & lain-lain.
aku ada sikit sample gambar yang korang boleh join tengok kalau nak:





memang best kan?tu pada korang yang nak jadi raja sehari. kepada korang yang baru nak belajar dalam bidang ni, 3Kupang juga boleh jadi korang punya sifu.

(aku dah terpikat dengan gambar dorang & mintak dorang buat copy untuk buat wallpaper dekstop)
cuba tengok bawah ni:









wow. awesome picture, aku berharap satu hari nanti dapat menghasilkan gambar macam ni.

apa dia? macam mana pulak untuk korang yang suka bergambar?
nanti dulu.
bukan tu sahaja. 3kupang juga ada menganjur satu contest :


"saya dalam baju raya saya"

syarat nya adalah seperti berikut:



jadi apa lagi?hantarkan gambar korang kat sini.
tarikh dilanjutkan hingga


28 september 2011 


selamat mencuba.

bye.

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MUDA TETAP DI HATI

MALAYSIA BOLEH.

Berakhir sudah perlawanan kelayakan piala dunia 2014.
aku yakin walaupun malaysia kalah pada perlawanan ini. penyokong malaysia masih lagi bersemangat 
untuk menyokong skuad harimau muda yang semakin meningkat naik prestasinya.
 bangga dengan persembahan yang dipamerkan di padang kerana dapat menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan menentang singapura.

Dan apa yang dilihat kini adalah, perubahan yang mendadak kepada peminat setia harimau muda di negara ini.
merata tempat ramai orang menyarung jersi malaysia,lambang semangat yang kuat untuk terus menyokong
skuad bola sepak negara agar terus maju.

HIDUP MALAYSIA.

Saturday, July 23, 2011

kehidupan manusia yang mementingkan diri sendiri

kehidupan sebagai pelajar tinggal di hostel/asrama memang akan selalu jumpa perangai manusia pelik. manusia yang suka menggunakan kesenangan orang lain untuk diri sendiri atau lebih mudah difahami mengambil kesempatan dalam kesempitan.agak-agak la.. bila la orang macam ni nak berhenti dari pentingkan diri sendiri. barang kau sendiri kau simpan, barang orang lain kau kebas sampai habis. kau pakai p1 wimax aku sampai habis quota, pastu tanpa terima kasih kau selamba letak senyap-senyap dalam wardrobe aku.alasan nak buat assignment, tapi kalau sampai dah habis quota tu, apa kejadahnya?

bab makanan pulak. kalau makanan orang pun kau makan ikut selera kau.tanpa memikirkan orang lain. macam mana? sikit pun tak.
bila orang lain masak, kau datang buat-buat tolong pastu tu kau tolong jugak nak menghabiskan sekali. tapi bila kau yang masak, pandai pulak kau masak pastu dengan muka tahi kau, cepat-cepat kau bawak masuk dalam bilik. makan dalam bilik. peralatan masak semua,orang lain basuh, nak harap kau?berkulat dapur. apa punya perangai kau ni kan?bilik tu jugak tempat kau baring/tidur, bilik tu jugak la kau buat tempat kau makan.cakap pasal bilik.bilik tu pun dah macam rumah tikus aku tengok. kemas la sikit, pengotor la kau ni. agaknya kat rumah kau sendiri pun macam tu kan? macam mana la nak bagi kau sedar. aku tahu mungkin kau bukan orang berbangsa melayu, sebab tu kau tak boleh nak ikut cara kami. tapi tak kan la tak boleh pikir..?entah la, tak tahu nak cakap macam mana lagi. apa la cara nak bagi kau sedar.

so kawan-kawan?ada tak korang jumpa perangai maam ni kat hostel/asrama korang? atau mungkin ada pengalaman macam ni? fikir-fikir la teman.

Saturday, July 9, 2011

harry potter and the deathly hallows

assalamualaikum.
what 's up. hello there.
arghhh..boringkan sabtu macam ni, disebabkan perhimpunan haram tu
semua orang stuck kat rumah.
tapi tak apa, sesekali lepak kat rumah pun tak salahkan.

jadi, aktiviti hari ni just surfing internet je la.
surf punya surf jumpa satu page yang mendatangkan idea untuk aktiviti next week.

korang nak tahu tak apa bendanya?
tattaraaa..


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS
PART 2

jadi hari ni dah plan awal-awal nak tengok cerita ni
kepada peminat harry potter, korang boleh download 
wallpaper, icon, poster, screensaver.
korang juga boleh dengar soundtrack, tengok video and macam-macam 
yang korang boleh buat.

kat sini aku ada tinggalkan link:


so check it out.