Terima kasih atas kerjasama anda yang telah mengikuti shootingstory yang masih baru ini. shootingstory amat memerlukan sokongan daripada semua pengguna blogger yang ada agar shootingstory lebih dikenali kelak.

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum
hye uols..hye peeps..
akhir nya final exam dah habis..
walau hati berdebar tunggu result nya nanti, buat masa sekarang dah boleh cooldown dulu.


so now time for relax.
nota kaki ; relax kat shooping compleks, nak cari baju raya.

Sunday, August 21, 2011

kerana tidur, berbuka jadi makan malam

assalamualaikum.
lambat pulak update blog ni, tapi apa pun still nak cerita pasal semalam.
plan nak berbuka puasa bertukar kepada makan malam.
mana tak nya, lagi 30minit nak berbuka boleh pulak mengantuk.

sedar-sedar dah 8.30pm.. so bangun terus ajak yang lain keluar untuk makan malam.
p/s : jangan tidur dekat dengan waktu berbuka.
padan muka kau helmy

decide nak makan dekat area gomabak setia.
not bad la masakan kat restoran ni.

 *makan nasi ayam

 *bersama si ummi aida <3

*turut serta, iaitu hasiff dan adib
p/s : mereka kawan baik aku.

*maaf kualiti gambar kurang memuaskan. kamera handphone

Wednesday, August 17, 2011

assalamualaikum
hye there..uiihhh tu dia berat mata sampai tertido. bangun je dari tidur terus ushar facebook.
terbaca la satu status yang di update oleh kawan aku sorang ni.
dari situ tercetus la idea nak buat satu entry.

korang nak tahu dia cakap apa?
haaa..ni dia cakap..hehehe..


*SAYA SOKONG 100%*


jadi apa yang terlintas di fikiran aku sekarang ni adalah, cara orang sekarang nak memikat hati orang yang mereka suka. maklumlah, dunia sekarang makin maju, banyak gaya fashion yang menarik tak kira untuk 
lelaki atau perempuan.

demi untuk mendapat kan orang yang mereka suka. mula la nak jadi plastik. sanggup berhabis duit beli pakaian mahal-mahal.
aksesori sampai ke lengan.
makeup tebal 1inchi.
perlu ke semua itu?

tak perlu la nak dressup over the top ni. walaupun fashion ni dah maju macam mana sekali pun, jangan la korang lupa, masih lagi ada orang yang suka akan sifat semula jadi seseorang yang mereka suka.

 perlu ke sampai macam ni :








apa korang dapat bila tunjuk lurah macam ni? nak hot sangat, bukakla baju..
hahahaha..

apepun terpulang kat korangla ya?
*wasalam.*

Tuesday, August 16, 2011

3 kupang nama yang unik, seunik hasil kerjanya.

assalamualaikum.
lama dah tak buat entry kat blog ni, sibuk memanjang. biasa la lepas bangun pagi terus buka lappy, ushar-ushar youtube, facebook, blogger & macam-macam aku ushar.
tengah dok tengok satu video ni ternampak pulak link 

 apa tu? bunyi macam pelik, tapi unik. jom kita ushar?

jadi lepas ushar tengok. rupa-rupanya ni page anak-anak seni dari alor star kedah.
kira profesional services la ni.

menurut info yang diberi 3kupang di asas kan oleh 3 anak muda yang hensem.
photography, videography, designing semua tentang mereka.
*chereography bukan tau*

so mereka menawarkan pelbagai perkidmatan & tawaran dalam bidang photography, videography, designing.
so pada sesiapa yang nak bina masjid, nak naik pelamin, bakal raja sehari.
3kupang media
ada menyediakan khidmat weeding photography & lain-lain.
aku ada sikit sample gambar yang korang boleh join tengok kalau nak:





memang best kan?tu pada korang yang nak jadi raja sehari. kepada korang yang baru nak belajar dalam bidang ni, 3Kupang juga boleh jadi korang punya sifu.

(aku dah terpikat dengan gambar dorang & mintak dorang buat copy untuk buat wallpaper dekstop)
cuba tengok bawah ni:









wow. awesome picture, aku berharap satu hari nanti dapat menghasilkan gambar macam ni.

apa dia? macam mana pulak untuk korang yang suka bergambar?
nanti dulu.
bukan tu sahaja. 3kupang juga ada menganjur satu contest :


"saya dalam baju raya saya"

syarat nya adalah seperti berikut:



jadi apa lagi?hantarkan gambar korang kat sini.
tarikh dilanjutkan hingga


28 september 2011 


selamat mencuba.

bye.

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MUDA TETAP DI HATI

MALAYSIA BOLEH.

Berakhir sudah perlawanan kelayakan piala dunia 2014.
aku yakin walaupun malaysia kalah pada perlawanan ini. penyokong malaysia masih lagi bersemangat 
untuk menyokong skuad harimau muda yang semakin meningkat naik prestasinya.
 bangga dengan persembahan yang dipamerkan di padang kerana dapat menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan menentang singapura.

Dan apa yang dilihat kini adalah, perubahan yang mendadak kepada peminat setia harimau muda di negara ini.
merata tempat ramai orang menyarung jersi malaysia,lambang semangat yang kuat untuk terus menyokong
skuad bola sepak negara agar terus maju.

HIDUP MALAYSIA.

Saturday, July 23, 2011

kehidupan manusia yang mementingkan diri sendiri

kehidupan sebagai pelajar tinggal di hostel/asrama memang akan selalu jumpa perangai manusia pelik. manusia yang suka menggunakan kesenangan orang lain untuk diri sendiri atau lebih mudah difahami mengambil kesempatan dalam kesempitan.agak-agak la.. bila la orang macam ni nak berhenti dari pentingkan diri sendiri. barang kau sendiri kau simpan, barang orang lain kau kebas sampai habis. kau pakai p1 wimax aku sampai habis quota, pastu tanpa terima kasih kau selamba letak senyap-senyap dalam wardrobe aku.alasan nak buat assignment, tapi kalau sampai dah habis quota tu, apa kejadahnya?

bab makanan pulak. kalau makanan orang pun kau makan ikut selera kau.tanpa memikirkan orang lain. macam mana? sikit pun tak.
bila orang lain masak, kau datang buat-buat tolong pastu tu kau tolong jugak nak menghabiskan sekali. tapi bila kau yang masak, pandai pulak kau masak pastu dengan muka tahi kau, cepat-cepat kau bawak masuk dalam bilik. makan dalam bilik. peralatan masak semua,orang lain basuh, nak harap kau?berkulat dapur. apa punya perangai kau ni kan?bilik tu jugak tempat kau baring/tidur, bilik tu jugak la kau buat tempat kau makan.cakap pasal bilik.bilik tu pun dah macam rumah tikus aku tengok. kemas la sikit, pengotor la kau ni. agaknya kat rumah kau sendiri pun macam tu kan? macam mana la nak bagi kau sedar. aku tahu mungkin kau bukan orang berbangsa melayu, sebab tu kau tak boleh nak ikut cara kami. tapi tak kan la tak boleh pikir..?entah la, tak tahu nak cakap macam mana lagi. apa la cara nak bagi kau sedar.

so kawan-kawan?ada tak korang jumpa perangai maam ni kat hostel/asrama korang? atau mungkin ada pengalaman macam ni? fikir-fikir la teman.

Saturday, July 9, 2011

harry potter and the deathly hallows

assalamualaikum.
what 's up. hello there.
arghhh..boringkan sabtu macam ni, disebabkan perhimpunan haram tu
semua orang stuck kat rumah.
tapi tak apa, sesekali lepak kat rumah pun tak salahkan.

jadi, aktiviti hari ni just surfing internet je la.
surf punya surf jumpa satu page yang mendatangkan idea untuk aktiviti next week.

korang nak tahu tak apa bendanya?
tattaraaa..


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS
PART 2

jadi hari ni dah plan awal-awal nak tengok cerita ni
kepada peminat harry potter, korang boleh download 
wallpaper, icon, poster, screensaver.
korang juga boleh dengar soundtrack, tengok video and macam-macam 
yang korang boleh buat.

kat sini aku ada tinggalkan link:


so check it out.

Friday, July 8, 2011


Bersama kita melangkah kearah pemurnian demokrasi dan pilihanraya yang bersih

Pemurnian demokrasi perlu, kerana dapat menjamin Negara kita sentiasa dapat pemimpin yang terbaik dalam setiap pilihanraya yang diadakan dan menjamin urus tadbir Negara yang telus, baik dan cekap.




Sistem demokrasi yang murni memberi ruang yang luas kepada amalan semak dan imbang (check and balance). Segala tindak tanduk pemerintah atau pemimpin akan dipersoal yang akan menjadikan mereka sentiasa bertanggungjawab di atas pentadbirannya.


Kesilapan pemimpin akan dapat dihukum dan diturunkan oleh rakyat melalui pilihanraya. Tetapi keadaan seperti ini hanya boleh berlaku dalam sebuah pilihanraya yang bersih.


Sebaliknya dalam sebuah Negara yang mengambil demokrasi hanya sebagai topeng, bagaimana besar kesilapan pemimpin, pilihanraya tidak akan mampu menjatuhkannya dari tampuk kuasa.


Untuk melakukan perubahan, perhimpunan bukanlah suatu pilihan yang baik, walaupun hak kebebasan berhimpun adalah dibenarkan oleh sistem demokrasi itu sendiri. Demontrasi dan perhimpunan adalah pilihan terakhir setelah pintu rundingan menemui jalan buntu.


Tidak dinafikan demontrasi jalanan dan perhimpunan adalah cara yang amat berkesan dalam menuntut perubahan.


Pemerintah yang berkuasa tentulah mempunyai rasa ego dan tidak akan mengalah dengan pihak-pihak yang membuat tuntutan dengan mengadakan demontrasi jalanan.


Lihatlah kepada demontrasi jalanan yang diadakan oleh pihak Hindraf satu masa dulu. Mereka adalah kelompok kecil dari kaum India yang menuntut bagi kepentingan kaum India yang merupakan kaum minoriti di Negara ini. Walaupun secara rasminya pemerintah tidak melayan permintaan mereka tetapi sebenarnya demontrasi itu telah memberi impak yang besar.


Hinggakan sebuah buku novel yang digunakan oleh pelajar SPM di Negara ini terpaksa dipinda walaupun telah diguna sekian lama tanpa ada masalah, gara-gara dikritik oleh beberapa individu dari kaum India, yang menuduh terdapat ayat-ayat dalam novel itu dikatakan telah menghina kaum India.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 (Sabtu) ini, untuk menuntut supaya pilihanraya di Negara ini dilaksanakan secara bersih dan adil yang merupakan rukun utama demokrasi yang murni.

Perhimpunan 9 Julai ini bukan isu bagi satu-satu kaum, sebaliknya isu bersama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, dijangka akan menarik ramai orang untuk menyertainya.

Perhimpunan 9 Julai ini akan menunjukkan kesatuan rakyat Malaysia. Ini adalah Negara mereka, mereka mahu mengubah keadaan Negara ini kepada keadaan yang lebih baik.

Mungkin dalam keadaan yang kelam kabut bila diburu oleh pihak polis semasa mahu menyuraikan perhimpunan 9 Julai ini, pasti ada yang terjatuh dan cedera. Kita hendak lihat di masa itu, bagaimana orang Cina akan membantu orang Melayu yang cedera dan begitu jugalah sebaliknya. Di situlah kita akan melihat kesatuan dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia dalam menuntut hak mereka bersama.


Mungkin ada pihak yang mempunyai kepentingan mahu melihat perhimpunan 9 Julai ini menjadi rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969, di mana Melayu dan Cina saling berbunuhan. Lupakanlah angan-angan mereka itu, sebaliknya di perhimpunan 9 Julai ini, kita yakin orang Cina dan Melayu akan saling lindung melindungi antara satu sama lain bagi mempertahankan diri dari serangan musuh mereka yang sama.

9 Julai 2011, tarikh rakyat Malaysia mencipta sejarah bagi memulakan langkah kearah pemurnian demokrasi dan pilihanraya yang bersih


akhirnya niat nak tengok transformers 3D tercapai.
setelah seminggu ditayankan baru berpeluang tengok cerita ni.
patut la orang ramai sangat, cerita memang puas hati.

segala perasaan ada bila tengok cerita ni semalam,
pada siapa yang belum tengok, pergi la ke pawagam yang berdekatan.
hahaha cerita yang memang penuh aksi.


p/s : nak lagi puas hati. tengok show yang 3D

aktif semula

hye blog.
wow..dah lama tak conteng-conteng blog ni.
sebenarnya sejak masuk kolej,banyak masa aku habis mengadap assignment.
sampai lupa password blog ni.
ingat-ingat balik, dapat pun bukak blog ni.

rindu tak terkata nak merapek dalam blog ni.
so sekarang ni nak bagitahu orang yang saya boleh la blog-ing lagi lepas ni.
tambah-tambah pulak saya dah ada lappy sendiri..
my asus with window 7 ultimate


Monday, February 28, 2011


ini blog aku..suka hati aku la nak buat apa..
bukan blog bapak kau.apasal kau nak bising-bising..
aku punya hal la nak buat blog ni macam mana pun..kalau kau tak follow pun,aku tak rugi apa-apa.

p/s: buat la blog sendiri kalau tak suka blog orang.fuck up!!
asshole.
#25%#%^*$@?<:>

Sunday, February 27, 2011




Setahu aku ramai orang malayisa minum kopi.
begitu juga dengan aku,kopi mungkin dah sebati dalam diri ni.
apa shj kerja yang aku buat tengah-tengah malam mesti kopi jadi kawan aku.
orang kata kopi ni buat hilang ngantok.ya ke?
mugkin jugak kot.

Setengah rang cakap kopi minuman orang dulu..
tapi aku tengok semakin maju,semakin banyak cafe yang jual kopi.
kalau di malaysia ni macam-macam ada.
antaranya kopi dari STARBUCKS COFFEE.
memang unik rasa minuman yang berasas kan kopi yang dihasilkan dari STARBUCKS.

Aku memang suka sangat minum beverages diorang..
dulu masa aku kerja restoran nando's
tiap-tiap masa minum STARBUCKS.
memang sedap.
tapi bila aku dah berhenti kerja,tak dapat la minum STARBUCKS pagi-pagi
tapi apa pun,kalau keluar hang out dengan kawan-kawan,mesti lepak STARBUCKS.



p/s: thumbler STARBUCKS & member kad STARBUCKS versi singpura.

Wednesday, February 23, 2011

your key to succes

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti program diploma seni culinari di
Kuala Lumpur Metropolitan Universiti Kolej(KLMU)                                                            





HURRAAYYYYYYY!!!!
DIPLOMA SENI KULINARI

Pada mulanya aku dapat tawaran ni memang happy tahap cipan.
mana tak nya,apa yang aku impikan dari dulu kian tercapai.walaupun dah lambat setahun
aku tetap terima tawaran tu.
tapi dalam kembiraan ni,ada pulak orang yang tak suka.maklumlah..
aku tak nak la higlight siapa orang tu.

ramai yang bagi nasihat/komen,ada yang memberangsangkan dan ada yang buat aku patah semangat.
antara komen diberi,diorang tak setuju sebab kos pengajian di KLMU ni agak mahal.
tapi dengan ada nya duit simpanan aku..
aku tetap akan meneruskan peluang yang aku dah dapat ni.

insyaallah aku akan buktikan pada orang yang aku pun boleh berjaya.

p/s: nak sambung belajar pun sampai macam nak berperang..

Monday, February 21, 2011

SMKPW
sekolah menengah kebangsaan taman puteri wangsa

Sedar tak sedar hampir dua tahun kita tinggal kan sekolah..
apa yang tingal hanya kenangan yang kita sendiri tak dapat lupakan.
5PA1 & 5PA2 nama kelas yang cukup terkenal dikalangan guru-guru kerana muridnya yang hyper aktif.
boleh dikatakan keseluruhan murid dalam kelas ni menuntut  dari tingkatan 1.
so tak hairan la..semua guru-guru dah kenal dengan diorang.

kami memag terkenal dengan sifat degil nya...
hahaha maklumlah remaja di zaman persekolahan.
macam-macam kami buat untuk menceria kan zaman waktu persekolahan kami.
suka duka,gelak tawa,pahit manis kami bersama,memang susah nak lupakan tu semua.
bila masa sekolah dulu,bukan main malas lagi..bila dah berpisah.semua terkenang.
tapi apa pun kami berjaya menjadi insan yang berguna.

dengan ada nya teknologi sekarang,kami sentisa berhubung..lagi pun duduk setaman jugak..
bila masing-masing dah ada haluan sendiri susah lah nak berjumpa..
yang smbung study nya,yang kerja nya,yang dah berpindah nya..
apapun kita berdoa agar semua berjaya dalam mengejar apa yang dicita-cita kan.



p/s: kenangan selepas tamat sijil pelajaran malaysia
harap maaf kepada sesiapa yang tiada di dalam gambar.

Terima kasih atas kerjasama anda yang telah mengikuti shootingstory yang masih baru ini.
shootingstory amat memerlukan sokongan daripada semua pengguna blogger yang ada
agar shootingstory lebih dikenali kelak.


shootingstory.blogspot.com


P/S: TERIMA KASIH SEMUA..

Sunday, February 20, 2011



ahhhhh...
keletihan semalam masih terasa,satu hari beraktiviti..
mana tak nya seawal 7 pagi dah terpacak kat surau lading al-zakirin,
untuk sama memeriahkan lagi majlis maulidur rasul.
nak di ikut kan memang malas,tapi dah lama tak join aktiviti-aktiviti kemasyarakatan macam ni..
boleh dikatakan meriah majlis tu.

Petang nya pulak, aku kena ikut family pergi jemputan kenduri khawin.
kalau satu tempat je tak apa,ni sampai 2 tempat...
aduhhhh..
ni pun satu perkara yang boleh dikatakan malas aku nak buat.
biasa la dah besor panjang,still kena ikot family..
alasan diorang untuk aku lebih kenal dengan sedara-mara..
so nak tak nak kena lah ikut..

tak kesah la penat macam mana pun.yang penting dapat makan..
kalau sebut nama helmi,dia ni seorang yang pemakan..
so dia tak kesah la...yang penting perut ada kenyang!!

Saturday, February 19, 2011


Sedar tak sedar..pandai jugak aku guna MENATANG ni..
dah jadi macam kemaruk lak..semua yang aku buat aku nak cerita dalam MENATANG ni..
hehehe..ape pun aku suka

Hari ni boring seperti biasa..
nasib baik la petang tadi dapat keluar with my sis so tak la tepu sangat kat rumah ..
tapi kali ni keluar tanpa arah tuju..sampai ke hutan bandar..
tapi disebabkan hari baru lepas hujan so tak ada yang menarik...
kitorang ambil keputusan nak lepak kat tasik merdeka..
sampai kat sana boleh dikatakan ramai orang..
semua tengah photoshoot gambar khawin,maklumlah hari sabtu macam ni kan...

bila dah letih kitorang pun rasa lapar..
tanpa buang masa gerak pergi kampung melayu..
layan ABC...memang sedap..
baru lah hilang rasa boring...


p/s:memang sempoi abc ni

Friday, February 18, 2011

bermulanya disini..

hye..dalam kebosanan yang dah mencapai tahap maksima..terciptanya blog ni..huh?aku pun sendiri tak tahu MENATANG ni..
tapi sebab dah boring..aku layan kan la...dengan ada nya blog ni manalah tahu aku boleh potpet sorang-sorang dan manalah tahu ada MENAALAH ni aku boleh hilang kan kebsanan yg melanda sekarang ni..


belajar-belajar la guna MENATANG ni..